Header Ads

FAM Umum Nelo Vingada Sah Sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya

AKHIRNYA segala persoalan mengenai siapa ketua jurulatih pasukan Harimau Malaysia terjawab selepas pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebentar tadi telah mengumumkan Eduardo Manuel Martinho Braganza de Vingada telah dilantik menjadi Ketua Jurulatih pasukan kebangsaan yang baru.

FAM Umum Nelo Vingada Sah Sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya

Eduardo Manuel Martinho Braganza de Vingada atau lebih dikenali sebagai Nelo Vingada akan menggalas tugas pertamanya untuk membawa pasukan kebangsaan menentang Korea Utara di Pyongyang pada 8 Jun.

Beliau yang digelar sebagai 'The Professor' oleh kerana kaedah pengurusan yang bijak, Vingada memulakan kerjaya kejurulatihan beliau sebagai pembantu kepada Carlos Queiroz untuk pasukan Portugal Bawah-20. Bersama Queiroz, kedua-dua mereka telah membawa Portugal ke arah kejayaan bermula dari bawah iaitu FIFA Bawah 20 Piala Dunia pada tahun 1989 dan 1991.

Selepas kejayaan Queiroz sebagai ketua jurulatih, Vingada konsisten membawa pasukan Portugal Bawah-20 mara ke separuh akhir acara utama seperti Piala Dunia FIFA Bawah-20 pada tahun 1995 dan Sukan Olimpik pada tahun 1996.

Vingada, yang telah melibatkan diri dalam kerjaya sebagai pengurus melebihi 35 tahun serta masih aktif merupakan seorang tokoh yang popular di rantau Asia. Beliau menjadi jurulatih untuk pasukan senior Arab Saudi (1996-1997), pasukan Olimpik Mesir (2004-05), pasukan kebangsaan Jordan (2007-09), dan skuad Olimpik Iran (2014).

Selain itu, beliau mempunya pengalaman yang begitu luas di mana  pernah membimbing kelab Zamalek FC dari Mesir dan Seoul FC dari Korea Selatan menjuarai liga dan piala tempatan semasa bersama kelab-kelab tersebut.

No comments

Powered by Blogger.