Header Ads

Kenali Biodata Ulisses Morais, Jurulatih Baru JDT FC

Kenali Biodata Ulisses Morais, Jurulatih Baru JDT FC|SETELAH jurulatih Benjamin Mora diturunkan kepada JDT II, akhirnya desas-desus persoalan mengenai siapakah jurulatih baru pasukan JDT FC telah terjawab selepas pihak Pengurusan Johor Darul Takzim sebentar tadi telah mengumumkan Ulisses Morais sah menjadi Jurulatih pasukan JDT FC. Siapakah sebenarnya Ulisses Morais?

Kenali Biodata Ulisses Morais, Jurulatih Baru JDT FC

Ulisses Manuel Nogeira Morais atau lebih dikenali sebagai Ulisses Morais, 57 tahun berasal dari Almoster Portugal.

Jurulatih yang berasal dari Portugal ini mempunyai pengalaman melatih beberapa kelab divisyen utama dan kedua Portugal seperti Famalicao, Aves, S.C Beira-Mar, Estoril, Academica De Coimbra dan banyak lagi serta telah melatih ramai pemain ternama sepanjang karier beliau di sana.

Ulisses Morais, yang telah melibatkan diri dalam kerjaya sebagai pengurus selama 22 tahun serta masih aktif merupakan seorang tokoh yang popular di Portugal. Beliau menjadi jurulatih untuk pasukan Naval (1995-1997), Estoril (2001-04), Gil Vicente (2004-06), dan Famalicao (2016).

Kenali Biodata Ulisses Morais, Jurulatih Baru JDT FC

Semoga Ulises Morais menjadi selaku jurulatih terbaik untuk pasukan JDT FC!

No comments

Powered by Blogger.