Header Ads

FAM Bakal Menggunakan Sistem Pembantu Pengadil Video (VAR) Pada Tahun 2019

FAM Bakal Menggunakan Sistem Pembantu Pengadil Video (VAR) Pada Tahun 2019|Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru-baru ini telah mengumumkan yang mereka akan menangguhkan penggunaan sistem VAR dalam saingan Liga Malaysia. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM iaitu Subkhiddin Salleh, keputusan untuk menangguhkan penggunaan sistem VAR itu apabila mereka menyaksikan sistem itu belum lagi bersedia untuk dilakukan.

FAM Bakal Menggunakan Sistem Pembantu Pengadil Video (VAR) Pada Tahun 2019

Pada pelan asalnya, FAM menetapkan sistem VAR akan digunakan pada saingan Liga Malaysia 2018 dengan ujian penggunaan sistem tersebut akan diadakan pada saingan separuh akhir dan akhir Piala Malaysia 2017.

Akan tetapi selepas menyaksikan sistem VAR diguna pakai pada kejohanan seperti Piala Dunia B-20 dan juga Piala Konfederasi, FAM merasakan sistem VAR sebagai "separa matang".

Hal ini kerana, sistem VAR belum lagi tajam dari segi keberkesanannya dan bagi mengelakkan salah faham dalam kancah bola sepak negara, eloklah ia ditangguh ke 2019.

Oleh yang demikian, FAM akan menunggu sehingga sistem VAR benar-benar diperlukan dan dinyatakan dalam Laws of the Game 2018-2019.

Akan tetapi menurut Subkhiddin, projek sistem VAR FAM akan tetap diteruskan bagi terus memerhati perkembangan sistem ini dengan sasaran utama adalah ketika Piala Dunia 2018. Piala Dunia 2018 merupakan sasaran FIFA untuk mengadakan sistem VAR secara penuh.

1 comment:

  1. Semoga sistem yang bakal digunakan adalah pilihan terbaik

    ReplyDelete

Powered by Blogger.