Header Ads

Ulisses Morais Sah Selaku Jurulatih Baru Pasukan JDT FC

Ulisses Morais Sah Selaku Jurulatih Baru Pasukan JDT FC|AKHIRNYA segala persoalan dan teka-teki mengenai siapakah sebagai jurulatih baharu pasukan JDT FC terjawab selepas pihak pengurusan Johor Darul Takzim sebentar tadi telah mengumumkan Ulisses Morais telah dilantik menjadi jurulatih pasukan JDT FC yang baru. Sebelum ini pasukan JDT FC dibawah kendalian Benjamin Mora yang telah diturunkan sebagai jurulatih JDT II.

Ulisses Morais Sah Selaku Jurulatih Baru Pasukan JDT FC

Ulisses Manuel Nogeira Morais atau lebih dikenali sebagai Ulisses Morais, 57 tahun berasal dari Almoster Portugal akan menggalas tugas pertamanya untuk pasukan JDT FC menentang Pulau Pinang pada 1 Julai 2017.

Ulisses Morais Sah Selaku Jurulatih Baru Pasukan JDT FC

Jurulatih yang berasal dari Portugal ini mempunyai pengalaman melatih beberapa kelab divisyen utama dan kedua Portugal seperti Famalicao, Aves, S.C Beira-Mar, Academica De Coimbra dan banyak lagi serta telah melatih ramai pemain ternama sepanjang karier beliau di sana. Kami berharap dengan pengalaman yang dimilikinya, beliau dapat melakukan yang terbaik untuk JDT.

Selamat maju jaya buat Ulisses Morais!

Credit - JOHOR Southern Tigers

No comments

Powered by Blogger.