Header Ads

MA Ranking: Malaysia Berjaya Memintas Hongkong Untuk Tempat Ke-6

MA Ranking: Malaysia Berjaya Memintas Hongkong Untuk Tempat Ke-6|Walaupun JDT terkandas di peringkat separuh akhir zonal bagi edisi Piala AFC 2017, JDT sempat menyumbangkan 6 mata untuk kiraan MA ranking hasil daripada melayakan diri ke peringkat semi final zonal (3 mata) dan kemenangan di Stadium Larkin tempoh hari (3 mata).

MA Ranking: Malaysia Berjaya Memintas Hongkong Untuk Tempat Ke-6

Pada hari Khamis yang lepas, FIFA telah mengemaskini ranking dunia dan hari ini pada jam 7:17 malam semasa kebanyakan warga Malaysia menantikan waktu berbuka puasa, AFC telah mengemaskini kedudukan MA ranking untuk pasukan di Asia.

Berdasarkan kedudukan MA Ranking terkini, Malaysia berada dikedudukan ke-6 setelah berjaya memintas Hongkong. Jika kedudukan ini kekal hingga bulan November tahun ini, Malaysia akan memperolehi satu slot automatik dan satu kelayakan bagi Piala ACL 2019/2020.

Keep it up! Ayuh Malaysia teruskan mara ke hadapan...

No comments

Powered by Blogger.