Header Ads

Vivo Menjadi Penaja Piala Dunia FIFA Untuk Tahun 2018 Dan 2022

Vivo Menjadi Penaja Piala Dunia FIFA Untuk Tahun 2018 Dan 2022|Piala Dunia FIFA merupakan salah satu siri perlawanan bola sepak yang menerima tumpuan ramai pengguna seluruh dunia. Dengan tumpuan yang tinggi, ia juga turut menjadi salah satu saluran pemasaran oleh pelbagai jenama untuk mempromosikan produk dan jenama mereka kepada pengguna seluruh dunia.

               Vivo Menjadi Penaja Piala Dunia FIFA Untuk Tahun 2018 Dan 2022

Kini, Vivo mengumumkan yang mana mereka bakal menjadi penaja untuk Piala Dunia FIFA bagi tahun 2018 dan juga 2022.

Vivo juga turut mengatakan mereka akan turut menawarkan sebuah telefon pintar dengan rekaan khusus Piala Dunia FIFA untuk para pengguna, sementara para pekerja FIFA akan turut menggunakan telefon pintar keluaran syarikat China berkenaan.

Dengan bentuk pemasaran ini, mungkinkah kita akan melihat jenama Vivo akan diterima lebih ramai pengguna seluruh dunia?

No comments

Powered by Blogger.